Wednesday, October 31, 2012

Apa Yang Lelaki Suka Dan Tak Suka Tentang Wanita




Lelaki dan wanita
Ramai yang tanya wanita apakah ciri-ciri lelaki idamannya. Ada yang cakap kacak, kaya, berpendapatan tetap,tinggi dan macam-macam lagi jawapan dari pihak wanita ni. Tapi pernahkan wanita mengambil tahu wanita bagaimanakah menjadi kegilaan lelaki. Apa yang lelaki tak suka dan apa yang lelaki suka kepada seseorang wanita.

entri lepas aku apa yang prempuan tak suka dan apa yang perempuan suka pasal lelaki...kali ni kita tgk pulak apa yang lelaki suka dan tak suka pasal perempuan..(^_^) 

Kali ni moh kita baca apa yang lelaki suka dan apa yang lelaki tak suka mengenai wanita. Tips ni penting kerana sekarang ni wanita kan lagi ramai dari lelaki. Err. Kat Malaysia ni je lelaki lagi ramai. Jom baca
Lelaki suka:
1. Wanita yang bersikap kelakar.
2. Berbudi pekerti.
3. Murah hati.
4. Senyumannya manis.
5. Pandai memasak.
6. Pandai dalam menggayakan pakaian, tidak terlalu seksi dalam berpakaian.
7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya.
8. Tidak mudah naik angin, penyabar dalam banyak hal.
9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak
10. Pendengar yang baik.
11. Berlebih kurang... tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.?
12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibu keluarga pihak lelaki.
13. Wanita yang berjimat, cukup sekadar rezeki yang ada.
14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri.
16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan.
17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang.
18. Saling bertukar hobi paling tidak menghormati hobi pasangan.
19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki
20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh.
21. Wanita yang mengambil berat tentang pasangan, barangan pasangan tidak pelupa.
22. Tak memilih makanan.
23. Taat beribadah sentiasa mengingatkan pasangan.
Apa pula Yang lelaki tak suka :
Lelaki tidak suka:
1. Wanita yang suka mengumpat.
2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal.
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki.
4. Merokok.
5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki.
6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian.
7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul.
8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak.
9. Wanita yang bersikap hipokrit.
10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki.
11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki.
12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang, mudah menangis.
13. Pakaian wanita berselerak di biliknya pengotor.
14. Tidak bertanggungjawab langsung.
15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya.
16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh.
17. Boros berbelanja.
18. Tidak tahu atau malas memasak.
19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati.
20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.
21. Asyik membandingkan kemewahan orang lain.
22. Sering buat keputusan tanpa berbincang bersama.
23. Beritahu bukan minta izin jika ke mana atau buat sesuatu.

KEBAYA

aku tak tahu kena sejak dua menjak ni asyik dok teringin kebaya je..kebaya memang cantikkan? lagipun tak pernah luput dek zaman..ni definisi kebaya..

Kebaya ialah pakaian blouse  tradisional yangberasal Indonesia dan dipakai oleh wanita di IndonesiaMalaysia,BruneiBurmaSingapuraselatan ThailandKadangkala dibuat daripada suterakapas nipis atau nilon semi telus atau poliester, di hiasi sulaman corak berbunga-bungaKebaya biasanya dipakai dengan sarung atau batik kain panjang, atau pakaian terjalin tradisional lain seperti ikatsongket dengan satu motif berwarna-warni.

ha..ni aku nak tunjuk baju-baju kebaya..sekali tengok mesti tak berkelip kepada peminat-peminat kebaya..haha..


ha..ni kebaya nyonya..orang tua tua pun pakai lagi tau..apatah lagi kita yang muda ni..:)

ni nama dia kebaya lace..aku google aku jumpa ni..if korang berkenan pun dah tak boleh order..dah out of stock

camni la gambar orang pakai pario..biasa bila dah pakai baju  tak naampak lagi dah camne bentuk dia kalau pakai pario ni..

kebaya dengan kain satin

yang macam ni biasa orang pakai buat kahwin kan?

meriah2..hehehe

sape yang berkenan pakai kebaya nanti kahwin boleh la ikut cmni..sopan je tengok.

yang ni lagi la meriah berlabuci sana sini..haha..ada  jugak tau yang suka pakai time pergi kenduri.aish..cam kenduri dia je..pakai camni..

yang ni yang biasa orang pakai....kebaya nyonya

kebaya nyonya dengan satin pario
p/s:jom kita pakat-pakat pakai baju kebaya ni laji manis dari berjeans, pakai baju tshirts..(^_^)

5 SIFAT LELAKI PEREMPUAN SUKA






KEMAS DAN BERSIH
Ini faktor utama yang selalu ditengok perempuan sebab mata perempuan ni suka benda-benda yang perfect dan kemas gitu. Tak perlu buat pembedahan plastik untuk dapat wajah kacak seperti Anuar Zain, apa yang perlu korang buat ialah ambik berat tentang diri sendiri. Pastikan kalau keluar tu badan bau wangi bukan bau peluh kambing jantan. Muka tu pulak pastikan dibersihkan guna pencuci muka dan jangan lupa pelembap. Tak coollah kalau keluar dengan muka berminyak, kalau aku jumpa rasa macam nak perah buat minyak masak je...Baju tak payah nak skema sangat tuck in, yang penting kemas dan tak renyuk. Akan akan ulas sikit untuk ni entri akan datang. Rambut kenalah letak minyak rambut. Gigi pun penting, tak guna muka smart macam Aaron Aziz, sekali gigi kuning nak mampoih...


GENTLEMAN BUKAN GENTELMAN
Selepas dah smart, kenalah marketkan nilai-nilai macho tu.Tahukah korang bahawa lelaki berbadan besar lagi disukai perempuan sebab ciri-ciri gentleman diorang? Kalau nampak je orang tua buta nak lintas jalan, tolong dia lintas. Siapa tahu, kalau tak dapat si dia, sekali ada aweks lagi hot tengah pandang korang, tak rezeki namanya? Kalau ada perempuan nampak kusut ada masalah, pergi dekat dia dan dengan suara romeo kata, "Awak nampak macam ada masalah je?Ada pape boleh saya bantu?" Pergh... Konpem cair beb.. Kalau si dia menangis, bagilah tisu atau pinjamkan bahu korang. Pendek kata, korang kena tunjukkan yang korang ni boleh membuat si dia rasa dihargai.


FAHAM DIRI SI DIA

Benda ni yang ramai lelaki gagal dan punca banyak perhubungan terkucil ditengah jalan. Kebanyakan lelaki tak bersabar dalam cuba memahami diri si dia. Pendek kata, PENTINGKAN DIRI SENDIRI! Kalau si dia mintak jauhkan diri, jauhkan diri. Jangan terlalu mendesak si dia apatah lagi memaksa. Kalau dia nak kongsi masalah, biarkan dia habis cakap dulu, baru korang cakap. Ini tak, asal dia cakap je, kau pun nak cakap. Macam mana nak faham si dia kalau macam tu? 


PENYABAR DAN TENANG
Sifat ni banyak mainkan peranan. Kalau kena marah dengan lecturer atau berada dalam situasi sukar, korang kena sentiasa amalkan prinsip ni. Baru nampak korang ni orang yang cerdik pandai. Walaupun tak belajar tinggi mana, tapi dengan ada sifat ni dah cukup buat si gadis tertawan sebab diorang tahu yang korang ni guna kepala otak jugak untuk berfikir dan bukan guna kepala lutut. Kalau si dia marah atau apa yang dikatakan bertentangan dengan korang, sabar je. Lepas dua tiga nafas baru korang suarakan pendapat korang tapi dengan cara yang melukakan hati si dia . Cuba amalkan "win-win situation". Ops, sabar-sabar jugak, tenang-tenang jugak, tapi senyum jangan lupa, cuma senyum ikhlas, bukan senyum orang gila seks! Aset penting tu.


MATANG
Matang ni luas maknanya. Tapi yang sentiasa buat gadis-gadis kat luar sana tu tergila-gila ialah dah boleh bawak diri. Kiranya kalau campak kau sorang-sorang kat dalam hutan pun kau boleh hidup dengan buat keputusan sendiri. Kalau tak matang, perangai macam budak-budak, buat muka air liur meleleh, muka bodoh-bodoh je yang kononnya kiut, macam mana nak nampak keyakinan diri tuh! Memang ada masanya kena buat perangai kiut-miut, tapi bukan setiap masa yek..Jangan sampai dia kata, "diri sendiri tak pandai jaga nak jaga aku", Sudah~~~


PANDAI BUAT LAWAK
Last sekali pandai ambil hati si dia dengan buat lawak. Tak kisahlah belum kahwin ke, dah kahwin ke, benda ni akan membuatkan seseorang tu 'special'. Tak guna kalau muka hensem, tapi serius je. Kalau aku pun tak suka...Membosankan~~~Tapi nak buat lawak kena tengok-tengok jugak lawak macam mana. Jangan belum kau habis cerita lawak, kau dah gelak dulu sehingga buat si dia terpinga-pinga sudahlah yek..


p/s: aku suka lelaki yang kelakar..yang boleh buat hari-hari gelap menjadi cerah lagi terang benderang..(^_^)

DRESS PEPLUM KEGILAAN RAMAI

secara terus terang aku katakan aku pun minat dress camni..tapi dari tahun lepas lagi..hahaha..xboleh blah cakap nak menang je..konon aku ter lebih dlu la yang minat patern cmni..haha..jom kita usha..first time aku tengok dress ala-ala peplum ni masa pertunangan irene nadia marcello tu..sape x kenalkan..? blogger terkenal..hehe..ni gambar baju dia yang buat aku selalu je nak terjah blog dia..haha..

cantikkan? ni la yang aku mula-mula tengok..siyes cantik weh..

ni gambar time duduk..eh..off course la duduk takkan panjat tiang kot..haha..cantik kan..(^_^)
sampai aku simpan anggan-angan nak pakai baju camni nnt kahwin,,haha



ok..yang ni baju scha al yahya by jovian ..pereka baju terkenal..kebanyakkan artis pun temapah dengan dia gak..tapi ramai jugak orang yang bukan retis order kan..jom tgk ni pulak..


ha..tengok sape tu?..haha..aku tahu la neelofa tu cantik..(mak aku minat dia..)
korang tengok ni..baju yang scha pakai tu..camni la..trend sekarang kan?

 aku suka yang dress peplum ni kan..hehe..orang yang tinggi lampai dan langsing tu boleh la..cm aku ni rendah je..x sesuai kot..huhuhu..tapi aku mmg tenggin sangat nk pakai tau..tapi bukan yang cam scha paki ni la..yang macam irene tu nak la..haha..ni ha..aku nak tunjuk lagi baju-baju peblum ni..macam2 gaya dah orang buat sekarang ni...


yang cmni pun cantek jugak kan ber layer- layer gitu..

yang ni nak cam exclusive kan..memang cantek sangat..(^_^)


yang ni warna warni..ada lace kat pinggang..nk jugak rasa kau ni..haha..hrga dia rm180 ++ kot...lupa da..ni link fb dia..jangan lupa pergi usha yer..
http://www.facebook.com/pages/Leanna-wardrobe/177233442351238 (leanna wardrobe)


ha..yang ni homemade dia da buat yang corak dan yang kosong cam kat atas ni..link fb
http://www.facebook.com/princess.effy.5 (princess effy)

peplum gojes ber lace!!..haha..cantek kan korang try la usha fb ni  boleh order..
http://www.facebook.com/wonderbutik (wonderbutik)




REVIEW PRODUK KESIHATAN SNE


Produk ni memang hotkan sekarang ni....fuh..mahal gak..tapi untuk cantik orang sanggup berhabis duit kan? ehehe..aku dah jadi agent untuk produk ni tau..kakak aku jadi testimoni aku yang pertama..dia cakap makan 5 hari dah nampak hasil..pipi dh pinkish ckit..hehe..sukanya dia..jerawat an badan pun dah hilang..tone kulit pun sekata je..ni nak review produk sne...

Nama Produk : Beutskin Essence
Kod Produk : 10023
Berat : 500mg x 60 capsules
No.Pendaftaran Kementerian Kesihatan : MAL08031430TR
Harga : RM240.00 (SP)

“ Mengubah Statistik Umur Manusia ”


5 FAKTOR UTAMA

1. Memutihkan
2. Kecerahan Kulit
3. Memperbaiki Gen
4. Metabolik
5. Anti-Pengoksidaan

Beutskin Essence dirumus dengan menggunakan ramuan platinum daripada esens tumbuhan yang unik dan digabung dengan penggunaan teknik ekstraksi supercritical CO2, berupaya menguraikan melanin dan pigmen kuning pada kulit dengan cepat demi memutihkan dan memperbaharui sel badan secara keseluruhan. Ia menggalakkan metabolisme sel dari dalam ke luaran supaya membolehkan badan menjadi lebih sihat dan memperolehi kulit yang lebih cerah. Ia juga membebaskan enzim-enzim aktif sel, berkesan untuk menghalang aktiviti penyahasilan dan meningkatkan tenaga sel supaya tisu kulit seluruh badan berfungsi dengan normal.
ISI KANDUNGAN DALAM BEUTSKIN ESSENCE



KESAN-KESAN SELEPAS PENGGUNAAN BEUTSKIN ESSENCE :
3 hari :
- Menstabilkan fungsi hati dan buah pinggang, kadar peneutralan toksin dalam badan meningkat dengan nyata sekali, kekangan kapilari darah meningkat, hemoglobin meningkat dengan nyata, ketidakseimbangan ’qi’ dan darah dapat diperbaiki dan memulihkan daya.

10 hari :
- Keadaan fizikal bertambah baik, sebahagian toksin dalam hati, buah pinggang dan darah dapat disingkirkan, keupayaan anti-pengoksidaan dalam badan meningkat, kapilari darah menjadi lebih lembut, memulihkan dan meningkatkan kekenyalan dinding darah pada masa yang sama menyelaras fungsi ovari.

30 hari :
- Toksin pada organ dalaman badan dapat disingkirkan lalu dipenuhi dengan bekalan nutrien yang diperlukan, keupayaan baik-diri kulit dipulihkan dan ditingkatkan, fungsi peredaran mikro pada kulit diselaraskan secara efektif.

60 hari :- Meningkatkan liang-diri kulit, keupayaan daya penahanan kulit meningkat, fungsi endokrin bertambah baik dan teratur, perubahan daripada kulit yang berwarna kuning gelap kepada kulit cerah berseri-seri.

90 hari:- Lebihan lipofusin dan radikal bebas dalam badan disingkirkan, sel-sel menjadi aktif dan keanjalan kulit dipulihkan lalu mengembalikan wajah yang cantik dan kelihatan muda.

Penggunaan jangka masa panjang :
- Metabolisme badan berada dalam keadaan peredaran yang baik, kulit menjadi lembut, licin, sihat, cerah, cantik dan sempurna.

APAKAH YANG KAUM WANITA TAKUTKAN??

Selepas tempoh baligh, seorang wanita akan melangkah ke alam perkahwinan, keibuan dan menopaus.

Setiap hari, wanita moden perlu mengendalikan pelbagai tanggungjawab di antara kerjaya, keluarga dan masa peribadinya. Selain daripada berusaha dalam kerjayanya, mereka turut memainkan peranan sebagai seorang isteri dan ibu, prihatin terhadap pendidikan anak-anak serta pelbagai perkara remeh yang lain, lalu kerap mengabaikan perihal penjagaan kesihatan diri sendiri!

Akibatnya, kesihatan mereka semakin merosot dan muncullah pelbagai simptom. Contohnya, ketidaksamaan endokrin menyebabkan obesiti, gangguan haid (dismenorea, amenorea, haid tidak tetap), simpton klimakterik (insomnia, panas baran, pempigmenan atau kemunculan plak senil) dan masalah-masalah lain berkait kesihatan wanita.

Maka, wanita takut menjadi gemuk, tua dan hodoh!

Oleh itu, mencari produk yang dapat melegakan masalah kesihatan wanita merupakan perkara yang sangat penting!

Kapsul SNE dan BEUTSKIN ESSENCE yang diformulasi berasaskan 5 teori, di samping menggunakan seabuckthorn yang ajaib sebagai bahan utamanya merupakan berita baik untuk kaum hawa.

Kapsul SNE dan BEUTSKIN ESSENCE membekalkan sel kita dengan nutrien yang mencukupi untuk mengaktifkan sel, menyelaraskan sistem endokrin, mencegah dan melegakan ketakseimbangan hormon. Ia juga menentang radikal bebas demi mencegah kerosakan yang diakibatkan ancaman radikal bebas kepada sel badan dan meningkatkan sistem imun dengan menangkis serangan bakteria dan virus, serta membaiki keadaan penyakit genetik.

Kaum wanita, anda harus menjaga kesihatan anda, agar anda sihat walafiat dan mendapat menjaga kesejahteraan orang yang disayangi, serta menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang isteri, ibu dan wanita berkaliber dengan sepenuh hati.

Photobucket
FUNGSI :-
- Melicinkan dan memutihkan kulit.

- Merapatkan hubungan suami isteri walaupun telah mengalami menopaus atau rahim telah dibuang.

- Mempunyai rahsia tersendiri hanya sesiapa yang dah mencuba akan dapat merasai dan mengalaminya, kerana mempunyai kuasa ajaib meningkatkan hormon wanita.

- Sangat baik bagi pesakit yang hormon tak seimbang.


Saturday, October 20, 2012

RAHSIA DAHI..psssssttttttt..!!

aku pun xthu aku ni jenis dahi jendol ke lebar..yang pastinya antara dua ni la..

plih la yang mana korang punya..:)





Dahi Jendol

Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. 

Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebab itulah mereka perlukan dorongan!

Dahi sempit

Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar

Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi

Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’

Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’ bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut

Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman – teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

p/s : dahi yg macam mana pun.. tetap menarik juga ^_^

20 PERKARA YANG BOLEH BUAT PEREMPUAN BENCI LELAKI

aku nak share ngan korng semua perkara yang boleh buat pempuan ni benci laki....haha..apa yang pempuan memang xsuka pada laki..pandai la kaum adam di lluar sana tu menilai ye..layanz...:)




1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!


P/S:kita boleh elak kalau kita tak nak semua ni terjadi..<3