Friday, December 27, 2013

Penyakit orang melayu :):):)


Resepi Pavlova




4 biji puteh telor (size A)
1 cawan gula
1/2 sudu teh vanila *saya lupa taruk*
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping:
1 cawan heavy cream/thickened cream/whipping cream...mane-mane le
1 1/2 sudu besar gula *saya tak taruk sebab whipping cream dah manis (brand RICH kotak biru)*
1/2 sudu teh vanilla *saya tak taruk*
Fresh fruit - buah kiwi/strawberries/raspberries/blackberries/passion fruit/peaches/pineapple/lain-lain buah ikut citarasa.




Cara buat pavlova:

  1. Panaskan oven beserta loyang yang disapu margerin pada suhu 140C.
  2. Pukul puteh telor sampai kembang dan jadi kental.
  3. Masukkan gula sedikit demi sedikit.. jangan sekali gus, pukul lagi.
  4. Pukul sehingga adunan rasa licin di jari, tiada lagi kesan butiran gula.
  5. Masukkan tepung dan vanilla, time ni kacau dengan senduk kayu je.
  6. Last sekali masukkan cuka, kacau2 biar serata.
  7. Goreskan bulatan atas kertas minyak. Saya ambik ukuran pinggan kueh je, tak besar tak kecik.
  8. Sapu margerin pada bulatan yang ditanda.
  9. Sendukkan adunan puteh telor memenuhi bulatan-bulatan.
  10. Bakar pada suhu 140' C selama sejam.
  11. Lepas masak, biarkan ia di dalam oven selama 5 minit dengan pintu oven terbuka.. kemudian baru dikeluarkan.
  12. Bila dah agak2 sejuk sikit boleh lah hias pavlova dengan whipping cream dan buah-buahan segar yang masam. Rasa masam buah akan cover rasa manis pavlova. Selamat mencuba... :))

KERABU KAKI AYAM



Meh share resepi.
500 gm kaki ayam-rebus sampai betul2 lembut
(Ibu tau ramai yg xsuka kaki ayam boleh tukar perut lembu or sewaktu dgnnya.)
5 ulas bawang merah-dihiris nipis
2 batang serai-dihiris nipis
1 tangkai bunga kantan-dihiris nipis
3-5 biji perahan limau nipis
5 tangkai cili padi-dihiris nipis
5 tangkai cili besar-dihiris nipis
2 biji tomato-dihiris nipis
1 sudu sos ikan-ibu xde stok sos nie.
1 pokok daun ketumbar
garam + gula secukup rasa

Cara:
Kaki ayam dikeluarkan tulang2nya.
Gaul semua bahan dan digaul sebati.
Kalu nk sedap boleh tambah kacang tanah yg digoreng.
Simpan dlm peti ais.
Sedap dimakan setelah sejuk......

Aku Bukan Anak Orang Senang


Aku Bukan Anak Orang Senang

Aku masih ingat, dulu masa aku kecil umur 5,6 tahun camtu aku ke Sekolah tadika hanya memakai gaun, tu pun ada 2 helai ada merah dan hijau, ada bentuk love2...comel..kat tangan banyak gelang2 plastik aku pakai..warna warni..aku masih ingat..petang lepas habis tadika aku jalan ke sekolah rendah tempat kakak aku Sekolah..aku selalu tunggu kat Wakaf depan Sekolah..tunggu sampai diorang balik..bekal duit 20 sen..lepas tu aku beli aiskrim yang jual guna motor tu..sedap...bila dah besar aku masuk Sekolah..aku kawan dengan sepupu..dan ada jiran depan rumah aku..cuti2 aku selalu pergi rumah sepupu main dengan dia..main anak2, masak2, pondok2, dengan jiran pun camtu..terus terang aku cakap aku selalu pentingkan orang lain..aku tak kisah walau aku tak dapat..sampai kadang2 mak marah, fikir tentang orang je..kita sape nk fikir???....sampai aku masuk Sekolah aku bukan orang senang nak ada mainan. 
Rumah aku dekat dengan pantai selalu aku pergi pantai, cari mainan nak2 masa hujung tahun, dapat banyak mainan, nak mintak dengan mak..duit tak ada mak takkan belikan..aku slalu main tin-tin kosong je botol2 camtu je..

Masa Sekolah rendah nak kata aku pandai sangat tak la, malam2 aku pergi Sekolah malam, aku teringin nak pergi dengan kawan2 naik bas, tapi mak tak bagi takut pergi tempat lain..ayah selalu hantar aku..bila lambat hantar aku mesti nangis..takut cikgu marah..ada sekali mak bagi aku pergi dengan diorang..rupanya diorang pergi naik bas,,boleh pergi pasar malam,,lagipun aku bukan ada duit..masa aku dapat pergi dengan diorang mak bagi rm0.50 je tambang bas tapi memang selama ni pun ayah bagi belanja rm0.50 sebelum tu rm0.20 je..lepas adik bersunggut ayah up jadi rm0.50
Masa tu cikgu harapkan aku,,jadi orang kepercayaan dapat la jaga koperasi dengan jiran aku ni..jiran aku ni anak orang senang, tak macam aku. Keluarga aku, jual plastic, jual tin2 kosong, ambik je peluang yang ada untuk cari duit..tak kisah la asalkan halal, aku pernah pergi cari tin dengan sepupu2, ramai2, ada adik, abang dan kakak, nanti dapat upah ayah bagi, Walaupun tak seberapa, aku jimat sebab aku tahu aku bukan anak orang senang..start dari aku darjah satu aku dah ada akaun bsn, giro..aku ingat lagi ayah angkat aku masa nak cop jari kat buku tu..aku suka sangat, kami adik beradik lepas raya mesti simpan duit,kumpul2 bagi ayah, lepas tu lawan2 sape paling banyakduit..tapi aku yang selalu banyak dari orang lain, memang suka sangat..dari kecik ayah mak dah ajar menyimpan walaupun cikit..alhamdullillah..sampai time UPSR aku dapat 3A dapat reward jugak ayah dan abang long bagi Walau tak seberapa, mak harap 5A tapi aku Cuma dapat 3 ..tu pun dah alhamdullillah..aku dapat reward abang long bagi rm20 dan ayah rm30..dapat simpan...suka sangat2 duit dah makin banyak..

bila naik Sekolah Menengah aku tak macam orang lain guna je apa yang boleh pakai, ayah bukan ada duit sangat..cukup la dengan apa yang ada..alhamdulliah duit belanja Sekolah Menengah rm2.00 je untuk makan dan tambang bas, tu pun aku simpan jugak Walau pun cikit,. Raya setiap tahun aku mesti simpan duit Walau hanya rm40 je yang dapat, bila dah PMR dapat keputusan ok jugak. Jadi dapat reward lagi rm..........walau tak seberape...yes!!! boleh simpan..makin bnyak duit aku...aku masih lagi di atas dengan duit yang paling tinggi best..suka sangat2 masa tu pulak dapat biasiswa...dapat jugak la ringankan beban mak ayah duit belanja asrama aku bayar guna duit biasiswa..alhamdullillah..sukanya..

dah SMP, keputusan ok jugak..tapi fedup tak dapat yang aku nak... tapi alhamdullilah la...dapat reward...masuk bank lagi...yess!!...dah tu dapat pulak masuk Tingkatan 6..berjimat cermat itu adalah aku..aku bukan jenis yang berkira2..Cuma berjimat, bila dah besar abang2 dah ramai yang keje dapat gak duit raya rm200-rm300 alhamdullillah menabung lagi..aku selalu masuk bank duit aku..tak pernah pun aku guna untuk yang tak berfaedah..mak selalu pesan, kalau kita susah tak ada orang nak tolong kite, jadi menyimpan itu adalah cara yang terbaik... after 2 tahun Tingkatan 6 aku dapat masuk universiti, alhamdullilah suka sangat2..masa ku jauh di perantauan, aku berjimat, aku kena guna bnyak untuk perbelanjaan, bukan cikit, baju kurung aku boleh kira dengan jari ada 5 pasang je, 3 tahun study, Cuma 5 pasang baju kurung aku..orang lain pun muak tengok..sampai kawan2 aku pun tegur,..aku beli baju lawa2 aku tak pakai sangat sebab aku tahu aku bukan anak orang senang. Aku pakai je mana yang ada..janji aku tak menyusahkan mak ayah aku..

sekarang aku dah grad sifat menyimpan aku masih ada, tapi aku ada duit simpanan Walau tak seberapa, alhamdullilah.. Sekarang aku kerja Sementara mencari kerja lain dapat juga mengumpul duit, aku selalu tnya mak, mak nak apa, nanti aku belikan Walau gaji aku tak banyak macam orang lain..aku tetap nak berbakti untuk mak ayah aku..alhamdullillah, aku sayang mak ayah aku, tanpa dorang aku tak akan ada atas dunia ni...
Sekarang aku nak menyimpan, masih ada banyak hasrat aku untuk bahagiakan orang tua, aku sanggup tak makan asal aku tengok mak ayah hepi bila dapat apa yang diorang nak..aku tak nak orang tahu apa yang aku alami, selagi dorang ada au akan cuba terus untuk membahagiakan dorang..

Aku nak keje yang dapat menjamin masa depan dan ada satu impian yang aku nak capai, in shaa ALLAH.moga aku kuat untuk terus berusaha. Nak jadi orang senang bukan senang, tapi senang nak jadi orang susah..usaha selagi aku terdaya..Dengan doa mereka aku harapkan aku dapat membahagiakan orang2 yang aku sayang.

Alhamdullilah amin, 

Saturday, September 14, 2013

REVIEW SUPPLEMENT VCO CATALYST (rahsia!!!!!!!!...shhhhhhhhhhh)

ni haaaa...supplement yang aku guna....memang mesra rakyat sangat dengan darah aku ni...balun
yang lain tak menjadi....hihihi...saksikan lah wahai sang hujannn...ooooo...



 Skg nie product supplement cam cendawan tumbuh!  kite tinggal nak pilih jer yg mana satu sesuai ngan diri kite.. ade certain supplement tak sesuai ngan kite.. ade certain mungkin sgt sesuai ngan diri kite.. so kite ade hak dan bebas utk memilih!

Aku rasa kite perlukan supplement utk diri kite.. kalau dulu org giler gilerrr dok balun vitamin.. macam macam vitamin yg org amik.. skg nie org dok menggila ngan product supplement pulak!  So nie ade satu product yg mempunyai kelebihan nya yg tersendiri!

VCO Catalyst nie katanya sesuai diamalkan oleh ibu mengandung dan jugak sesuai utk menurunkan berat badan!

Banyak lagi khasiat VCO nie sebenarnya.. dan diantaranya ialah :

•MENGURANGKAN BERAT BADAN
• menghilangkan parut jerawat & strecthmark
• kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak & juga kering
• melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dr sinaran matahari
• Pengurangan kenaikan jerawat
• Mempercepat penggantian sel-sel mati dgn yg baru
• melambatkan proses penuaan
• mengatasi masalah kerosakan gigi
• melindungi tubuh drpd kanser payudara & kanser rahim
• mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
• melindungi diri dari serangan osteoporosis
• melegakan pernafasan (mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong)
• membunuh kulat, bacteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan)
• amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita
• melawaskan pembuangan air besar dan kecil
• memperbaiki pencernaan & penyerapan vitamin2
• meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal, mental
• PMS akan teratur
• Mengurangkan berat badan bg seseorang yg ada lebihan lemak sahaja
• Mengurangkan tidur berdengkur
• Batuk dan selsema cepat hilang
• Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.
• Mengekalkan fungsi tiroid yang sihat.
• Bagus untuk kulit sensitif (gatal2)
• Pengambilan Catalyst VCO bagi Wanita Hamil - VCO SANGAT BAGUS DIAMALKAN SEWAKTU SEDANG HAMIL, DALAM TEMPOH BERPANTANG DAN MENYUSUKAN ANAK!


Cara Pengambilan Catalyst VCO.. ia boleh digunakan dengan 2 cara:-

• Makan atau sapu di permukaan kulit (untuk masalah kulit muka)
• Boleh juga dicampur dengan foundation sebagai makeup base

Makan 1 biji 2 kali sehari (pagi dan malam) atau 2 biji sekaligus, selepas/sebelum makan.  Seelok-eloknya diambil bersama air suam atau air kosong.

Untuk sapuan di muka, lubangkan bahagian soft gel menggunakan jarum atau gunting dan sapukan pada permukaan kulit. Boleh dilakukan sebelum tidur malam selama 15 minit atau dibiarkan sehingga pagi.


Sebotol: 60 Softgel Capsules / 500mg each

VCO Catalyst disahkan HALAL oleh JAKIM (Malaysia) dan dikategorikan di bawah kategori makanan tambahan bukan ubat-ubatan(KKM).  Numb KKM bagi Catalyst Collagen : KKM Ref : 163/S/25 Jld 125.  Buatan Malaysia & Keluaran Bumiputera

VCO adalah ”Virgin Coconut Oil” atau minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kelebihan Catalyst VCO ialah ia menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan terutamanya untuk kulit.

”Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia”
Dr. Bruce Fife
Director of the Southern Colorado
Chapter of the Weston A. Price Foundation


if korang rasa nak cuba...boleh la..contact aku untuk order ye....
https://www.facebook.com/cikmisty.csyacatalyst



Koleksi Novel Ramlee Awang Murshid

Hari ini aku nak update tentang koleksi novel penulis thriller no.1 Malaysia, seorang penulis yang sangat aku kagumi, seorang penulis yang aku minati..., Ramlee Awang Murshid.. aku mempunyai hampir kesemua novel tulisan beliau....hahaha..sebenarnya bukan aku punya..tapi kakak aku yang beli...semua ada tau dari awal sampai la akhir..

Sejarah aku mula jatuh cinta (chewah... maksud aku, bagaimana aku mula jatuh cinta dengan hasil karya Ramlee Awang Murshid...) aku pun tak ingat bila tp yang aku rasa dari 2003 kot aku start baca novel..tapi bukan yang R,A,M la yang first...hehehhe..maklum la budak-budak sekolah mana la ada duit nak beli novel ni..lagipun dalu pemikiran bukan cam sekarang..dlu nak baca buku tebal...naik muak...sampai jeluak daaa....haha...tebal 1 inci pun dah tak tahan apatah lagi yang 2,3,4 inci...hancur gak la..masa sekolah mana la tahu apa-apa.. tahu nak enjoy je kan...lau sekarang 3,4,5 inci tu kacang je habis dalam satu hari...tu aku la..hehe...tak tahu plak korang camne kan????

mula-mula dlu kakak aku beli yang tajuk SATU JANJI...naik lebur novel tu duk pulun nak bagi habis...lepas tu akak selalu beli macam-macam novel tau...semua ada...boleh buat rojak lau campur-campur...aish...lapar plak sebut...rojak ni......


ha...ni ramlee awang murshid...smart kan???? tak gitu??? hahha...



Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia.

ok...ni koleksi novel yang ada pada aku...


heronya begitu cekal, heroinnya begitu tegas. bila keduanya bertemu, ia umpama api bertemu api


 sebuah thriller misteri mengenai mayat-mayat gadis yang di temui dalam keadaan mengerikan



demi kasih terhadap ayahnya yang teraniaya, si anak bertekad untuk membalas dendam


heronya begitu cekal, heroinnya begitu tegas. bila keduanya bertemu, ia umpama api bertemu api


hilman dikenakan hukuman dimahkamah amerika, lepas lari menuntut keadilan


cinta lukman adalah racun berbisa di hati adela. namun racun itulah ubat buatnya


amylia bersetuju membela pengjenayah yang bakal dihukum mati



kisah cinta ryu watanabe dan noriko menarik minat sabrina untuk mencari lelaki itu


walaupun telah berubah wajah, namun kasih ejim tetap pada yang satu


impian terakhir aidin adalah mendaki gunung kinabalu. malangnya, dia hilang di kawasan itu


kisah percintaan haryani di zaman ini dengan laksamana sunan dari kurun ke-15


laksamana sunan mencari isterinya ratu sulaman yang sedang menunggu untuk membunuhnya


kembara saspens dan cinta bergolak dalam satu kisah. trilogi bagaikan puteri ini sarat dengan konflik


laksamana sunan berdepan dengan musuh yang kembali untuk membalas dendam


laksamana sunan dan para sahabatnya masih terus mencari taghut untuk memusnahkannya.


fikiran saifuddin agak terganggu apa bila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. namun, benarkah sang dewi itu adalah isterinya, ratna mantan ratu sulaman? atau sekadar jelmaan?


kisah villa misteri di mana sering berlakunya pembunuhan.


berkkali-kali dia koma kemudian hidup semula. dia dipercayai mempunyai 9 nyawa


selepas 16 tahun menjadi pelarian, dia muncul kembali memburu mangsa-mangsanya.


kisah pembunuhan ersiri melibatkan penggunaan sesyen 302


sesebuah cerita itu tersimpan di dalam fikiran, bermain didalam hati dan akhirnya diluahkan dalam bentuk tulisan. bercerita secara lisan membuatkan aku letih.


ha...bnyaak koleksi novel aku...hmmm ..tapi tadi aku google jumpa plak yang 2 ni...aku lom baca lagi...nampaknya...dalam proses memburu impian la ni...aduyai...hahahha...pembetulan memburu buku ni la...heheh...




tak sabar rasanya nak pergi cari...hmmm ..tg purse jap...ada yag singgit je 2 keping...ting tong....lain kali la cari...moga kita bertemu wahai bku...hikhik...

Tuesday, September 10, 2013

WAJIB BILA BERJUBAH...


 BismILLAH.. AlhamdulILLAH.. Ramai dalam kalangan wanita sekarang mulai memilih jubah sebagai busananya.. Jika dilihat, pelbagai jenis dan fesyen jubah yang ada sekarang.. Di sini, sedikit tips memilih jubah yang baik.. Dirimu begitu berharga wahai srikandi Islam sekalian.. Pilihlah yang terbaik agar dirimu terjaga..


1) Pilihlah kain jubah yang tidak bergetah.. Bagaimana nak tahu bergetah atau tidak? Sebelum membeli atau memakai, cuba tarik kain jubah tersebut.. Kain jubah yang bergetah boleh ditarik menjadi lebih besar dan setelah dilepas ia kembali pada bentuk asal.. Bermakna, kain jenis ini akan mengikut bentuk tubuh tuan yang memakainya.. Syarat pakaian yang menutup aurat, tidak menampakkan bentuk tubuh..

2) Pilihlah kain yang tebal atau tidak terlalu nipis.. Kain yang tebal melindungi dari terzahirnya warna kulit kalian.. Bagaimana nak tahu tebal atau nipis? Letakkan jubah tersebut pada pancaran cahaya.. Cahaya tidak menembusi jubah yang tebal.. Insya ALLAH terlindung bentuk tubuh dan warna kulit kalian..

3) Pilihlah jubah yang berpotongan 'inverted V' (/ \).. Lebih selesa untuk melangkah berbanding jubah yang berpotongan lurus (| |).. Jubah 'inverted V' lebih melindungi bentuk tubuh, terutama bagi yang berbadan gempal.. Yang kurus, sudah molek mengenakan potongan lurus.. ^^,

4) Pilihlah jubah yang warnanya tidak terlalu menarik perhatian.. Seeloknya warna-warna gelap dan suram..

Untuk jubah yang menampakkan bentuk tubuh, menzahirkan warna kulit dan warna-warna yang 'striking', simpanlah dan pakailah di hadapan yang halal buatmu sahaja.. Berhiaslah secantiknya..

Jadi, wanita syurga sekalian.. Selamat memilih dan ingat selalu ALLAH swt sayang kalian.. ALLAH swt awal-awal lagi ingatkan dalam surat cintaNYA pada kita, di dalam surah al-Ahzab ayat 59.. Jagalah apa yang datang dari ALLAH swt, nescaya ALLAH swt akan jaga kita.. Semoga bermanfaat.. Semoga ALLAH swt redha..









Silakan ambil kalau ada yang berkenan. Tak perlu bayar, kredit mahupun top- up, cukup sekadar doakan aku berdiri di atas landasan yang benar setiap kali melangkah :)

*Yang Tertutup dan Terjaga Rapi itu Indah, Lebih mahal dan Bernilai*

GAYA TUDUNG TERBAEK!!!

hah...ni sape tak kenal????

sape tak enal sila angkat kaki yeah....hahaha...aku tahu confirm semua orang kenal kn??? ni la lau nk kenal HELIZA HELMI..bakat yang di lahirkan menerusi akedemi pfantasia...padan la ramai peminat..rangnya pun cantek..comel cute..miut je kn22....yang aku tahu daya penarik dia ialah matanya yang bulat dan mukanya yang baby baby facess itu....naaaa..comel kan?? gaya pakaitudung cmni memang aku suka sangat terpukau jap..cantek tau...lau la suatu hari nanti aku pakai camni...mau terkejut ko..haha..aku sendiri pun terkejut agaknya..aku ke sape ntah dalam cermin ni..haha



ni...for sure lah..DATIN NURJUMA HABIB..dia ada butik sendiri tau..cantikkan?? lembut je tegok dia ni..hehe..aku je kot yang teruja sesangat..bagi korang apa la sangat kan?? hmm..gaya cmni pun leh tahan gak ni...bawal je kot ni...yang bahagian dalam tu material lain kot..maybe inner neck...but yang paling aku minat pada gambar ni sebenarnya adalah blouse yang purple tu!!

yang ni aku kenal dia melalui youtube...dia ni maybe juru mekap kot..selalu je tengok dia review makeup kat youtube..cantek babe tuan dia ni...cute gitu...tapi aku perasan gak..muka dia ni ada iras2 kakak ipar aku yang dari kelantan tu..seyes aku cakap sama..cra dia senyum..cmtu la..ni aku tak sure gaya apa..yang pasti ni pun bawal juga tau..ada reben2 manis..je la...


ni??? haha...mak atung ni....glamer jap nyah...hahha...cantik gak bagi patung pakai tudung kan2..hehe..ni color corak2 camtu...ni lau x silap aku nma dia..bawal 2 layer kot...haha..aku tak sure..tak pernah pun aku pakai tudung ni...sebab bagi aku cam dah terlalu singkat...dengan aku yang ada sanggul manggol ni..hik hik


ni aku curi dari inci google..jangan marah ye..incik google cayang...haha...lau orang mau cair juga hatinya ini...aish..terkeluar cakap sabah palak..ni la gaya yang baru aku jumpa malam ni...pelik tapi benar yang amat cun melecun..tak gitu ke geng??


DATIN NURJUMA HABIB lagi...see u again..hehe..seyes cantek!!!


???? sape??? aku pun tahu...sumber dari google jugak ni...lain jugak stail dia pakai ni kan??



ini ????cik adik manis aku curi dari incik google jugak...cantek menarik kau memang deboom..hehhe

yang dalam tu katanya juga inner bawal yang kecik tu..harga ada yang jual murah..ada yang jual mahal..huih..pening den..tak pe la..sape dapat murah boleh la jual murah kan...?? lau dah dapt dar supplier mahal..mahal la jugakkan...


 FARAH ADEEBA...nah...ni aku pernah jumpa dia masa pekan budaya kat terengganu..tinggi babe..tpi kurus cikit la..cantek jugak..tuan punya butik najjah ni tau...buka pada tahun 2010..ramai juga artsi singgah kedai dia ni...barangan harga pun boleh tahan juga..


sape ntah ni...model tudung kot.....cantik tudung yang dia pakai tu kan?? nak satu!!!..ahaha..amacam ada cam mintak teh tarik tak??


jumpa lain mak atung..hehe..cantek ko jah...setompok bunga atas kepala..aku sebenarnya teringin jugak tudung camni..tapi akau tanya akak aku..dia kata tak cantek la...tapi semangat nak memiliki tetap ada..walau senipis kulit bawang,,yg satu tu..warna warni...ada lekuk-lekuk kat bahagian bawah  tudung bawal tu..cantek but i not interested...yag bawah sekali memang kegillan aku..best tu..warna cantik gojes2..cantek pulak tu material dia..semua bawal..hehhe...





tudung bawal ni..tak luput tau...cuba krang tengok...dari tahun ke tahun..walaupun..ada tudung lain yang telah di wujudkan kerana mengikut peredaran zaman..bawal tetap timbul..cuma kadang-kadang tenggelam timbul...