Tuesday, April 2, 2013

Pil Habbatus Sauda Baraka




Habbatussauda adalah sejenis tumbuhan dallm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda.
 Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggilNigella Sativa atau Black Cumin. Tumbuhan ini mempunyai khasiat yang amat tinggi.
Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia.
Habbatus sauda berperanan sebagai ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu dengan membersihkan dan melancarkan perjalanan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Seperti Sabda Rasulullah S.A.W :
Dari kitab Ash Shahihain "Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)"(HR.Bukhari & Muslim)
Darisudut kajian sains yang telah dilakukan, antara kelebihan Habbatus Sauda termasuklah:-
1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan :
  • Monosaccharide glukosa, xylosa dan sebagainya.
  • Polysaccharide
  • Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
  • Amino acid yang membentuk protein
  • Karotene iaitu sumber vitamin A
  • Kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasiKajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mati di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Sebagai Alternatif adalah keluarnya pil Habbatus Sauda yang memudahkansesiapa sahaja yang ingin mendapatkan khasiat dan kelebihan yang terdapat pada Herba Ajaib ini.

Spesifikasi : Habbatus sauda jenama BARAKA

Isi : 24 kapsul minyak
 

Kandungan : 450g minyak habbatus sauda setiap satu kapsul
 

Buatan : Egypt (kilang GMP)
 

Sijil Kementerian Kesihatan : MAL 08120837T
 



Cara Guna :

2 biji (2 kali sehari) bagi dewasa & 1 biji (2 kali sehari) bagi kanak-kanak.


No comments:

Post a Comment