Friday, December 27, 2013

Penyakit orang melayu :):):)


Resepi Pavlova




4 biji puteh telor (size A)
1 cawan gula
1/2 sudu teh vanila *saya lupa taruk*
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping:
1 cawan heavy cream/thickened cream/whipping cream...mane-mane le
1 1/2 sudu besar gula *saya tak taruk sebab whipping cream dah manis (brand RICH kotak biru)*
1/2 sudu teh vanilla *saya tak taruk*
Fresh fruit - buah kiwi/strawberries/raspberries/blackberries/passion fruit/peaches/pineapple/lain-lain buah ikut citarasa.




Cara buat pavlova:

  1. Panaskan oven beserta loyang yang disapu margerin pada suhu 140C.
  2. Pukul puteh telor sampai kembang dan jadi kental.
  3. Masukkan gula sedikit demi sedikit.. jangan sekali gus, pukul lagi.
  4. Pukul sehingga adunan rasa licin di jari, tiada lagi kesan butiran gula.
  5. Masukkan tepung dan vanilla, time ni kacau dengan senduk kayu je.
  6. Last sekali masukkan cuka, kacau2 biar serata.
  7. Goreskan bulatan atas kertas minyak. Saya ambik ukuran pinggan kueh je, tak besar tak kecik.
  8. Sapu margerin pada bulatan yang ditanda.
  9. Sendukkan adunan puteh telor memenuhi bulatan-bulatan.
  10. Bakar pada suhu 140' C selama sejam.
  11. Lepas masak, biarkan ia di dalam oven selama 5 minit dengan pintu oven terbuka.. kemudian baru dikeluarkan.
  12. Bila dah agak2 sejuk sikit boleh lah hias pavlova dengan whipping cream dan buah-buahan segar yang masam. Rasa masam buah akan cover rasa manis pavlova. Selamat mencuba... :))

KERABU KAKI AYAM



Meh share resepi.
500 gm kaki ayam-rebus sampai betul2 lembut
(Ibu tau ramai yg xsuka kaki ayam boleh tukar perut lembu or sewaktu dgnnya.)
5 ulas bawang merah-dihiris nipis
2 batang serai-dihiris nipis
1 tangkai bunga kantan-dihiris nipis
3-5 biji perahan limau nipis
5 tangkai cili padi-dihiris nipis
5 tangkai cili besar-dihiris nipis
2 biji tomato-dihiris nipis
1 sudu sos ikan-ibu xde stok sos nie.
1 pokok daun ketumbar
garam + gula secukup rasa

Cara:
Kaki ayam dikeluarkan tulang2nya.
Gaul semua bahan dan digaul sebati.
Kalu nk sedap boleh tambah kacang tanah yg digoreng.
Simpan dlm peti ais.
Sedap dimakan setelah sejuk......

Aku Bukan Anak Orang Senang


Aku Bukan Anak Orang Senang

Aku masih ingat, dulu masa aku kecil umur 5,6 tahun camtu aku ke Sekolah tadika hanya memakai gaun, tu pun ada 2 helai ada merah dan hijau, ada bentuk love2...comel..kat tangan banyak gelang2 plastik aku pakai..warna warni..aku masih ingat..petang lepas habis tadika aku jalan ke sekolah rendah tempat kakak aku Sekolah..aku selalu tunggu kat Wakaf depan Sekolah..tunggu sampai diorang balik..bekal duit 20 sen..lepas tu aku beli aiskrim yang jual guna motor tu..sedap...bila dah besar aku masuk Sekolah..aku kawan dengan sepupu..dan ada jiran depan rumah aku..cuti2 aku selalu pergi rumah sepupu main dengan dia..main anak2, masak2, pondok2, dengan jiran pun camtu..terus terang aku cakap aku selalu pentingkan orang lain..aku tak kisah walau aku tak dapat..sampai kadang2 mak marah, fikir tentang orang je..kita sape nk fikir???....sampai aku masuk Sekolah aku bukan orang senang nak ada mainan. 
Rumah aku dekat dengan pantai selalu aku pergi pantai, cari mainan nak2 masa hujung tahun, dapat banyak mainan, nak mintak dengan mak..duit tak ada mak takkan belikan..aku slalu main tin-tin kosong je botol2 camtu je..

Masa Sekolah rendah nak kata aku pandai sangat tak la, malam2 aku pergi Sekolah malam, aku teringin nak pergi dengan kawan2 naik bas, tapi mak tak bagi takut pergi tempat lain..ayah selalu hantar aku..bila lambat hantar aku mesti nangis..takut cikgu marah..ada sekali mak bagi aku pergi dengan diorang..rupanya diorang pergi naik bas,,boleh pergi pasar malam,,lagipun aku bukan ada duit..masa aku dapat pergi dengan diorang mak bagi rm0.50 je tambang bas tapi memang selama ni pun ayah bagi belanja rm0.50 sebelum tu rm0.20 je..lepas adik bersunggut ayah up jadi rm0.50
Masa tu cikgu harapkan aku,,jadi orang kepercayaan dapat la jaga koperasi dengan jiran aku ni..jiran aku ni anak orang senang, tak macam aku. Keluarga aku, jual plastic, jual tin2 kosong, ambik je peluang yang ada untuk cari duit..tak kisah la asalkan halal, aku pernah pergi cari tin dengan sepupu2, ramai2, ada adik, abang dan kakak, nanti dapat upah ayah bagi, Walaupun tak seberapa, aku jimat sebab aku tahu aku bukan anak orang senang..start dari aku darjah satu aku dah ada akaun bsn, giro..aku ingat lagi ayah angkat aku masa nak cop jari kat buku tu..aku suka sangat, kami adik beradik lepas raya mesti simpan duit,kumpul2 bagi ayah, lepas tu lawan2 sape paling banyakduit..tapi aku yang selalu banyak dari orang lain, memang suka sangat..dari kecik ayah mak dah ajar menyimpan walaupun cikit..alhamdullillah..sampai time UPSR aku dapat 3A dapat reward jugak ayah dan abang long bagi Walau tak seberapa, mak harap 5A tapi aku Cuma dapat 3 ..tu pun dah alhamdullillah..aku dapat reward abang long bagi rm20 dan ayah rm30..dapat simpan...suka sangat2 duit dah makin banyak..

bila naik Sekolah Menengah aku tak macam orang lain guna je apa yang boleh pakai, ayah bukan ada duit sangat..cukup la dengan apa yang ada..alhamdulliah duit belanja Sekolah Menengah rm2.00 je untuk makan dan tambang bas, tu pun aku simpan jugak Walau pun cikit,. Raya setiap tahun aku mesti simpan duit Walau hanya rm40 je yang dapat, bila dah PMR dapat keputusan ok jugak. Jadi dapat reward lagi rm..........walau tak seberape...yes!!! boleh simpan..makin bnyak duit aku...aku masih lagi di atas dengan duit yang paling tinggi best..suka sangat2 masa tu pulak dapat biasiswa...dapat jugak la ringankan beban mak ayah duit belanja asrama aku bayar guna duit biasiswa..alhamdullillah..sukanya..

dah SMP, keputusan ok jugak..tapi fedup tak dapat yang aku nak... tapi alhamdullilah la...dapat reward...masuk bank lagi...yess!!...dah tu dapat pulak masuk Tingkatan 6..berjimat cermat itu adalah aku..aku bukan jenis yang berkira2..Cuma berjimat, bila dah besar abang2 dah ramai yang keje dapat gak duit raya rm200-rm300 alhamdullillah menabung lagi..aku selalu masuk bank duit aku..tak pernah pun aku guna untuk yang tak berfaedah..mak selalu pesan, kalau kita susah tak ada orang nak tolong kite, jadi menyimpan itu adalah cara yang terbaik... after 2 tahun Tingkatan 6 aku dapat masuk universiti, alhamdullilah suka sangat2..masa ku jauh di perantauan, aku berjimat, aku kena guna bnyak untuk perbelanjaan, bukan cikit, baju kurung aku boleh kira dengan jari ada 5 pasang je, 3 tahun study, Cuma 5 pasang baju kurung aku..orang lain pun muak tengok..sampai kawan2 aku pun tegur,..aku beli baju lawa2 aku tak pakai sangat sebab aku tahu aku bukan anak orang senang. Aku pakai je mana yang ada..janji aku tak menyusahkan mak ayah aku..

sekarang aku dah grad sifat menyimpan aku masih ada, tapi aku ada duit simpanan Walau tak seberapa, alhamdullilah.. Sekarang aku kerja Sementara mencari kerja lain dapat juga mengumpul duit, aku selalu tnya mak, mak nak apa, nanti aku belikan Walau gaji aku tak banyak macam orang lain..aku tetap nak berbakti untuk mak ayah aku..alhamdullillah, aku sayang mak ayah aku, tanpa dorang aku tak akan ada atas dunia ni...
Sekarang aku nak menyimpan, masih ada banyak hasrat aku untuk bahagiakan orang tua, aku sanggup tak makan asal aku tengok mak ayah hepi bila dapat apa yang diorang nak..aku tak nak orang tahu apa yang aku alami, selagi dorang ada au akan cuba terus untuk membahagiakan dorang..

Aku nak keje yang dapat menjamin masa depan dan ada satu impian yang aku nak capai, in shaa ALLAH.moga aku kuat untuk terus berusaha. Nak jadi orang senang bukan senang, tapi senang nak jadi orang susah..usaha selagi aku terdaya..Dengan doa mereka aku harapkan aku dapat membahagiakan orang2 yang aku sayang.

Alhamdullilah amin,